Marhaban Ya Ramadhan 1434 H
AMALAN
yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap
bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah
adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada
Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “…
bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat
Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari
sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada
ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari,
sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan,“Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti
pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun
dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan
berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih
dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi
sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada
Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat
tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat
tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan
secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih,
diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud:“Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat
fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum
selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang
berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu
gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.Amalan-amalan harian yang disenangi Rasulullah SAW
1. Niat Ikhlas pada setiap malam
2. Puasa Isnin dan Khamis
3. Puasa 3 hari setiap bulan4. Berbicara Dengan Baik dan Berwajah Manis
5. Menjelaskan Perbicaraan dan Mengulanginya sekiranya Diperlukan
6. Memberikn berita gembira dan Mengucapkn Selamat kepada Org yang memperoleh kebahagiaan
7. Mendahulukn Anggota Tangan dalam segala perbuatan mulia
8. Tidak Mencela Makanan
9. Makan makanan yang palng dekat
10. Terakhir Minum Air bagi Orang Yang Memberi Minum
11. Mengucapkan Salam Kepada Anak-Anak
12. Memberikan salam apabila meninggalkan majlis
13. Etika Meminta Izin
14. Etka ketika bersin dan menguap
15. Menziarahi Saudara Sesama Islam
16. Bermusafr Secara Berkumpulan
17. Mempercepatkan pulang ke rumahsekranya udah menyelesaikan urusan
18. Membaca surah al-Fatihah
19. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
20. Membaca surah al-Mulk
21. Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah
22. Membaca surah al-Baqarah
23. Membaca ayatul Kursi
24. Membaca surah al-Kahfi
25. Berkumpul membaca dan Mempelajari al-Quran
26.Bergerak menuju ke Masjid
27.Mendrikan solat secara berjemaah
28. Mendirikan slat subuh dan isyak secara Berjemaah
29.Menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh
30. Mununaikan Solat Dhuha
31. Menunaikan solat malam
32. Memohon Ampun Kepada Allah
33. Solat pada saf pertama
34.Menunaikan Solat Tahiyyatul Masjid
SETIDAKNYA BIASAKAN BEBERAPA LAH. SALAM ADMIN ^^